Sebenarnya ini adalah pertama kalinya aku menulis blog,terus terang aku akui pengetahuan aku tentangnya adalah 'zero'..kosong!Semuanya masih terlalu baru untukku,biarlah aku dianggap ketinggalan,bagi aku lebih baik lambat dari tak tahu lansung.
Apapun sebelum aku terus terlibat dalam penulisan blog nie,adalah lebih beradab rasanya kalau aku mulakan dengan ucapan terima kasih yang tersangat sangat kat member aku sorang nie yang berlapang dada untuk buatkan blog untuk aku secara percuma dan tanpa jemu terus mengajar aku cara-caranya yang berkaitan.Allah swt sajalah yang balas kemurahan hatinya,sebagai manusia aku cuma mampu mengucapkan jutaan terima kasih aje,tapi....kalau setakat teh tarik ngan roti canai 'lepas' kot!Aku ingat satu hadis lebih kurang begini maksudnya...'tanda bersyukur dengan Allah adalah berterima kasih pada manusia',kalau aku silap aku minta maaflah.Aku bersyukur pada Allah kerana dapat ilmu yang baru mungkin boleh jadi satu wadah untuk aku berdakwah dan aku berterima kasih pada temanku ini kerana bantuannya aku dapat punyai blog sendiri.My dear friend...'YOU THE BEST!...CAYALAH DER!'.
Berbalik pada hadis tadi,aku rasa kalaulah semua orang yang 'rasa' dirinya golongan yang bersyukur sepatutnya lebih peka dengan amalan berterima kasih nie.Kalaulah semua orang dapat berterima kasih dengan hati dan lisan,rasanya tentu akan kurang perbalahan sesama kita,bayangkan kalau semua murid-murid dapat berterima kasih pada gurunya,masyarakat dapat berterima kasih pada alim ulama,rakyat dapat berterima kasih pada kerajaan,pemimpin dapat berterima kasih pada pengundi,anak-anak dapat berterima kasih pada ibubapa dan sebagainya lagi dengan ertikata terima kasih yang ikhlas dari hati,agak-agak akan aman tak dunia ini?Sikap saling berterima kasih nie rasanya akan lebih membuahkan lagi kasih sayang,kan?Apapun itu hanyalah pendapat aku!.....semua orang ada pendapat sendirikan?Akhir kata semoga aku dan kita semua mampu untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur dan insan yang tahu berterima kasih.Amin.
Beli TV Online Tanpa Kecewa
-
Pembelian tv secara online paling pantas. Aku order MiTV ni pukul 11.30
malam semalam. Tup tup pukul 12.00 tengahari tadi sampai dah depan rumah.
Order har...
3 tahun yang lalu
Kuala Lumpur Time
1 Komen:
Tahniah kerana mempunyai blog sendiri. Selamat datang ke dunia blogging, semoga kita semua mendapat manfaat darinya..insyaallah.
Catat Ulasan