Terima Kasih Teman.

11:04 PTG 1 Comments

Sebenarnya ini adalah pertama kalinya aku menulis blog,terus terang aku akui pengetahuan aku tentangnya adalah 'zero'..kosong!Semuanya masih terlalu baru untukku,biarlah aku dianggap ketinggalan,bagi aku lebih baik lambat dari tak tahu lansung.
Apapun sebelum aku terus terlibat dalam penulisan blog nie,adalah lebih beradab rasanya kalau aku mulakan dengan ucapan terima kasih yang tersangat sangat kat member aku sorang nie yang berlapang dada untuk buatkan blog untuk aku secara percuma dan tanpa jemu terus mengajar aku cara-caranya yang berkaitan.Allah swt sajalah yang balas kemurahan hatinya,sebagai manusia aku cuma mampu mengucapkan jutaan terima kasih aje,tapi....kalau setakat teh tarik ngan roti canai 'lepas' kot!Aku ingat satu hadis lebih kurang begini maksudnya...'tanda bersyukur dengan Allah adalah berterima kasih pada manusia',kalau aku silap aku minta maaflah.Aku bersyukur pada Allah  kerana dapat ilmu yang baru mungkin boleh jadi satu wadah untuk aku berdakwah dan aku berterima kasih pada temanku ini kerana bantuannya aku dapat punyai blog sendiri.My dear friend...'YOU THE BEST!...CAYALAH DER!'.
Berbalik pada hadis tadi,aku rasa kalaulah semua orang yang 'rasa' dirinya golongan yang bersyukur sepatutnya lebih peka dengan amalan berterima kasih nie.Kalaulah semua orang dapat berterima kasih dengan hati dan lisan,rasanya tentu akan kurang perbalahan sesama kita,bayangkan kalau semua murid-murid dapat berterima kasih pada gurunya,masyarakat dapat berterima kasih pada alim ulama,rakyat dapat berterima kasih pada kerajaan,pemimpin dapat berterima kasih pada pengundi,anak-anak dapat berterima kasih pada ibubapa dan sebagainya lagi dengan ertikata terima kasih yang ikhlas dari hati,agak-agak akan aman tak dunia ini?Sikap saling berterima kasih nie rasanya akan lebih membuahkan lagi kasih sayang,kan?Apapun itu hanyalah pendapat aku!.....semua orang ada pendapat sendirikan?Akhir kata semoga aku dan kita semua mampu untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur dan insan yang tahu berterima kasih.Amin.

Sunnah Nabi

4:14 PTG 0 Comments





Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 
1) Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 
2) Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 
3) Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang 
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
4) Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 
5) Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 
6) Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. 
7) Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-

- Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

- Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 
- Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
- Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 
- Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. 
- Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. 
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. 
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan 
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk 
bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.
SAMA-SAMALAH KITA MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAH NABI DAN SATU LAGI KAWAN2..SELALU2 LAH SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W..
Peringatan yg baik utk semua …InsyaAllah
KASTURI MADINAH

PERCUBAAN

3:16 PTG 0 Comments

Ini adalah percubaan pertama.

Masukkan gambar


















OK cun.